Saturday, July 7, 2007




























Inilah cili cili ku..........







Pagi tadi syamim ikut ayah pergi ke kebun. Apa syamim buat di kebun? syamim berlari, bermain tanah, kejar burung... Lagi syamim buat apa di kebun? Syamim pun berkata" Syamim tolong ayah pungut buah cili". Maka dengan terkejut nya mereka bertanya, "Pokok cili ayah syamim dah berbuah ke?" Syamim dengan selamba menjawab, " Kalau berusaha berbuah le cili tu.. Kan ke usaha itu tangga kejayaan. Lagi pun boleh di katakan hari hari ayah ke kebun. Lain le ayah dok kt umah je dan pokok cili tu dok kt kebun je. Kalau macam tu jgnkan pokok cili, duit pokok kt bank pun boleh lesap". Begitulah sedutan dialog busuk di antara En. Syamim dan beberapa suara sumbang yg tidak di ketahui apakah motif mereka. Dan bagi en. syamim nilai suara mereka itu terlalu kecil sehingga boleh diabaikan. Tiba - tiba suara muncul lagi suara. Syamim ketakutan... Syamim merayu-rayu . " Maafkan patik penunggu cili, maafkan patik. Patik ingatkan cili ini ayah patik yang punya".(pada babak ini syamim dikehendaki mencankung sambil memegang cili. La... tgk la gbr tu) Suara itu berbunyi begini (garau ala ala terlekat biji durian dgn frekuensi 15dB). "Memang cili itu ayah syamim yg punya tetapi... ha ha ha ha (ketawa) cili itu ha ha ha... cili itu ................ Sambungkan ayat tersebut tidak lebih dari 3 huruf. Dan jangan hantar dulu jawapan anda tunggu hingga ke episod terakhir rancangan ini. pemenang adalah berdasarkan kekreatifan huruf yg dipilih. Hadiah menarik menanti anda.. Antaranya...



Tempat pertama: Selonggok cili di bawa pulang. Bayangkan harga semasa adalah Rm 8. Kalau sebanyak ini berapa banyak anda telah berjimat.. Ha fikir fikirkan lah. Peringatan: Ada ke makhluk nk bg benda benda ni free. Hei jgn harapla... ingat nk dapat banyak ni berapa banyak usaha kena buat. Tu tak campur lagi kata2 nista, kejian dan celaan. Nasihat kami: Tiada benda bernilai yg akan diperolehi tanpa usaha.



Tempat kedua: Sepokok cili akan di bawa pulang. Mengikut perangkaan kementerian pertanian dan industri asas tani, setiap cili ini paling kurang akan menghasilkan 6kg buah cili. Itupun kalau di bajai dan di airi secukupnya. Lagi sekali peringatan: Cili ni macam org le juga.. kalo tak bg makan dan minum ko ingat dia nak dudok ngan kita ke.. zalim tahu mcm tu.. Ingat tanam cili ni plug n play ke.. ooo kalo mcm tu jgn kan seribu pokok sejuta pokok pun aku nk tanam... Nasihat kami: Sayangi cili sebagaimana anda menyayangi diri anda.




Tempat ketiga: Sebiji cili akan dimiliki oleh setiap pemenang. Dengan sebiji cili ini akan mendapati kandungan di dalamnya terdiri dari vitamin A dan C. Kalau dalam industri perubatan boleh di jadikan ubat pelali. tak payah perubatan le kalo kena sebiji ni memang lali le dek kepedasannya. untuk rekod tak pernah lagi aku dpt menghabiskan sebiji cili ini..Peringatan lagi: Memang cili boleh dijadikan ubat pelali tapi kalo dok asyik ingat sepokok 6kg. seribu 6000 kg lps tu darab dengan Rm6 ish tak ke RM3600. Ha lama2 lali mcm tu je.. cili ntah kemana . Jgn kan sebiji putik pun belum tentu...Nasihat Kami: teori adalah di atas kertas. Realiti adalah di tengah kebun. Pilihlah antara dua..




Hadiah Saguhati: Dua biji cili buruk untuk di bawa pulang. Hadiah terhad kepada pemenang yg jawapan betul tetapi tiada pertalian saudara dengan penanam cili. Baik dari sebelah ibu atau disebelah bapa dan keatas. Juga pertalian dengan orang orang kenamaan yg senang2 je dapat tanah lepas tu tanah menjadi semak dan bertukar menjadi hutan. Tidak cukup dengan itu bahkan pemberian ini di banggakan, diwar2kan di media cetak elektronik. Pihak penerima pula jgn kan nak bagi pinjam, nak lalu pun di halau nye kita. Oh dunia... keadilan apakah ini... cut.. cut... rnacangan ini terpaksa di tamatkan kerana penulis telah ber emosi. Sebarang provokasi dan menyentuh sensitiviti adalh tidak dibenarkan. sekian terima kasih


























No comments: