Sunday, July 8, 2007

Apa lagi nak dikata......


........ ukuran baju badan sendiri, kita tepuk dada ini, jika dah nasib kita jodoh, gunung tak lari dikejar, Apa nak kisah mahu hidup, Asal hati baik mulia, Kalau dah memang jadi mungkin, Apa lagi nak dikata, Di kata... aaa... aaa.......












Demikian nyanyian sumbang yg dikatakan baik untuk perkembangan minda cili. Setiap imej yg tertera mempunyai nilai sentimental. Tidak dibenarkan sama sekali di gunakan untuk tujuan komersial mahupun sebarang bentuk pameran yg boleh menghasilkan wang........



Saturday, July 7, 2007




























Inilah cili cili ku..........







Pagi tadi syamim ikut ayah pergi ke kebun. Apa syamim buat di kebun? syamim berlari, bermain tanah, kejar burung... Lagi syamim buat apa di kebun? Syamim pun berkata" Syamim tolong ayah pungut buah cili". Maka dengan terkejut nya mereka bertanya, "Pokok cili ayah syamim dah berbuah ke?" Syamim dengan selamba menjawab, " Kalau berusaha berbuah le cili tu.. Kan ke usaha itu tangga kejayaan. Lagi pun boleh di katakan hari hari ayah ke kebun. Lain le ayah dok kt umah je dan pokok cili tu dok kt kebun je. Kalau macam tu jgnkan pokok cili, duit pokok kt bank pun boleh lesap". Begitulah sedutan dialog busuk di antara En. Syamim dan beberapa suara sumbang yg tidak di ketahui apakah motif mereka. Dan bagi en. syamim nilai suara mereka itu terlalu kecil sehingga boleh diabaikan. Tiba - tiba suara muncul lagi suara. Syamim ketakutan... Syamim merayu-rayu . " Maafkan patik penunggu cili, maafkan patik. Patik ingatkan cili ini ayah patik yang punya".(pada babak ini syamim dikehendaki mencankung sambil memegang cili. La... tgk la gbr tu) Suara itu berbunyi begini (garau ala ala terlekat biji durian dgn frekuensi 15dB). "Memang cili itu ayah syamim yg punya tetapi... ha ha ha ha (ketawa) cili itu ha ha ha... cili itu ................ Sambungkan ayat tersebut tidak lebih dari 3 huruf. Dan jangan hantar dulu jawapan anda tunggu hingga ke episod terakhir rancangan ini. pemenang adalah berdasarkan kekreatifan huruf yg dipilih. Hadiah menarik menanti anda.. Antaranya...



Tempat pertama: Selonggok cili di bawa pulang. Bayangkan harga semasa adalah Rm 8. Kalau sebanyak ini berapa banyak anda telah berjimat.. Ha fikir fikirkan lah. Peringatan: Ada ke makhluk nk bg benda benda ni free. Hei jgn harapla... ingat nk dapat banyak ni berapa banyak usaha kena buat. Tu tak campur lagi kata2 nista, kejian dan celaan. Nasihat kami: Tiada benda bernilai yg akan diperolehi tanpa usaha.



Tempat kedua: Sepokok cili akan di bawa pulang. Mengikut perangkaan kementerian pertanian dan industri asas tani, setiap cili ini paling kurang akan menghasilkan 6kg buah cili. Itupun kalau di bajai dan di airi secukupnya. Lagi sekali peringatan: Cili ni macam org le juga.. kalo tak bg makan dan minum ko ingat dia nak dudok ngan kita ke.. zalim tahu mcm tu.. Ingat tanam cili ni plug n play ke.. ooo kalo mcm tu jgn kan seribu pokok sejuta pokok pun aku nk tanam... Nasihat kami: Sayangi cili sebagaimana anda menyayangi diri anda.




Tempat ketiga: Sebiji cili akan dimiliki oleh setiap pemenang. Dengan sebiji cili ini akan mendapati kandungan di dalamnya terdiri dari vitamin A dan C. Kalau dalam industri perubatan boleh di jadikan ubat pelali. tak payah perubatan le kalo kena sebiji ni memang lali le dek kepedasannya. untuk rekod tak pernah lagi aku dpt menghabiskan sebiji cili ini..Peringatan lagi: Memang cili boleh dijadikan ubat pelali tapi kalo dok asyik ingat sepokok 6kg. seribu 6000 kg lps tu darab dengan Rm6 ish tak ke RM3600. Ha lama2 lali mcm tu je.. cili ntah kemana . Jgn kan sebiji putik pun belum tentu...Nasihat Kami: teori adalah di atas kertas. Realiti adalah di tengah kebun. Pilihlah antara dua..




Hadiah Saguhati: Dua biji cili buruk untuk di bawa pulang. Hadiah terhad kepada pemenang yg jawapan betul tetapi tiada pertalian saudara dengan penanam cili. Baik dari sebelah ibu atau disebelah bapa dan keatas. Juga pertalian dengan orang orang kenamaan yg senang2 je dapat tanah lepas tu tanah menjadi semak dan bertukar menjadi hutan. Tidak cukup dengan itu bahkan pemberian ini di banggakan, diwar2kan di media cetak elektronik. Pihak penerima pula jgn kan nak bagi pinjam, nak lalu pun di halau nye kita. Oh dunia... keadilan apakah ini... cut.. cut... rnacangan ini terpaksa di tamatkan kerana penulis telah ber emosi. Sebarang provokasi dan menyentuh sensitiviti adalh tidak dibenarkan. sekian terima kasih


























Friday, July 6, 2007




Showcase satu daerah satu indusri...



Terima kasih yg tidak terhingga kepada MECD kerana menjemput pakcik ke sesi bussines matching. Juga kepada encik syahmi dr mecd, kalau kira dah terlewat tp dipertimbangkan. Juga kepada en. Yahya pernec diatas info anda. Tengok sekali macam janggal je. Apa kena mengena TNB dengan cili. Sudut mana yg matching nye. Elektrik dan Cili ish x de kena mengena sungguh, nak buat apa dengan cili2 aku ? adakakah tahap kepedasan boleh menjimatkan bil elektrik anda? bukan, bukan dan bukan sama sekali. Yang matching sebenarnya tanah di bawah pencawang akan dipertimbangkan oleh pihak tnb. Kalau betul seperti apa yg diperkatakan oleh pegawai- pegawai kt situ.. ish alhamdulillah betul... Dan kalau usaha sebegini dari kementerian, rasanya usahawan lah aku akhirnya. Semangat ku meningkat 360 darjah. Tidak berbaloi le berbas dari Shah Alam ke Melaka. Ui lama betul tidak menaiki kenderaan awam ni. Lenguh betul rasanya. Seawal pagi lagi dh terpacak kt stesyen bas. Beratur beli tiket. Lepas tu tunggu bas. Ish nostalgia lama teringat kembalik....






Sunday, February 25, 2007




Mentari terus berjalan.........






sampai masa harikan berubah.....













Tetiba je sebiji bangsal berdiri di sini... la dh menanam rupanye... Dah lebih sebulan... Rasanya memang sah dan tidak di ragui lagi... Aku menjadi petani... Bersedia lah bakal anak2 ku.. Didalam borang untuk surat beranak nanti,di ruangan pekerjaan bapa maka ayah akan isikan dengan petani - minor nye cili... wahahaahaaaa.. Syamim dgn Zulaikha adalah dua insan yg bernasib baik kerana di surat beranak mereka tidak tercatat sedemikian.....








Wednesday, January 10, 2007

Tengok je laaaaaaaaa.

Inilah tanah yg mana pokok cili aku akan mendiami utk masa yg tidak diketahui.... Terima kasih tak terhingga kepada Tuan Haji Husin kerana sudi memberi kebenaran kepada hamba menternak cili di sini... Bermula dari detik dan saat ini.. maka bermula lah kisah Aku, Cili dan Sesuatu..... nantikan kemuculannya di pawagam tersohor di Malaysia...

Tuesday, January 9, 2007

Cili... Aku cinta Padamu..



Sebelum pergi lebih jauh mari kita berkenalan dengan cili. Sebagaimana cinta kita pada manusia di mulakan dengan perkenalan begitulah cintaku pada sang cili ini.. Nama saintifik dikenali dengan capsicum annum. Nama setelah di melayukan adalah cabai, lada dan kebiasan diguna pakai adalah cili. Apa lagi nak diperkenalkan...... erm.. cili ni biasanya pedas le.. belum pernah lagi aku jumpa makhluk ni rasanya manis.. tak tahu le kalau lepas nie aku berjaya hasilkan cili madu.. Dikelaskan juga mengikut beberapa jenis. Antara jenis yg diterima pasaran (ye ke...aku rasa yg ni je aku tahu...) adalah cili kulai, cili bangi, cili merah dan cili api. Peringatan Pemerintah: Cili kering adalah bukan jenis cili tetapi sifat cili yg mengecut setelah kebuluran beberapa purnama....
Di bawah ini diceritakan serba sedikit ciri2 cili tadi..
  1. Cili Kulai - Tidak sekali kali berasal dari kulai..ha org johor jgn cuba2 nak riak...hehehhe. Ni varieti tempatan yg berbentuk panjang dan pedas.. Ade kelas tersendiri juga kulai ni antaranya kulai king, kulai kerinting,kulai pedas, dan byk le lg yg aku pun x ingat dah... Sifat paling utama yg mudah untuk mengenali cili jenis kulai adalah apabila mati maka dahannya akan terkulai.. dan bagaimana ia terkulai maka begitulah kita mengelaskannya. jika ianya terkulai di sekitar istana maka tidak syak lagi jawapannya adalah kulai king..senangkan...
  2. Berbalik kepada cili bangi ni pula... Insan di UKM telah membangunkan model ni dan telah termaktub di peta Malaysia bahawa UKM adalah di Bangi maka untuk keadilan sejagat nama ini telah di pilih... Bayangkan kalau UKM terletak di Lebir atau di Batu Burok atau juga di Ijok ish janggal sekali bunyinye kan.......

Begitulah lebih kurang kajian pakcik terhadap cili yg berasal dr Mexico ini. Berbekalkan ilmu yg sedikit itu maka dgn rasa rendah diri pakcik pun mula menanam cili ini.....