Wednesday, January 10, 2007

Tengok je laaaaaaaaa.

Inilah tanah yg mana pokok cili aku akan mendiami utk masa yg tidak diketahui.... Terima kasih tak terhingga kepada Tuan Haji Husin kerana sudi memberi kebenaran kepada hamba menternak cili di sini... Bermula dari detik dan saat ini.. maka bermula lah kisah Aku, Cili dan Sesuatu..... nantikan kemuculannya di pawagam tersohor di Malaysia...

Tuesday, January 9, 2007

Cili... Aku cinta Padamu..



Sebelum pergi lebih jauh mari kita berkenalan dengan cili. Sebagaimana cinta kita pada manusia di mulakan dengan perkenalan begitulah cintaku pada sang cili ini.. Nama saintifik dikenali dengan capsicum annum. Nama setelah di melayukan adalah cabai, lada dan kebiasan diguna pakai adalah cili. Apa lagi nak diperkenalkan...... erm.. cili ni biasanya pedas le.. belum pernah lagi aku jumpa makhluk ni rasanya manis.. tak tahu le kalau lepas nie aku berjaya hasilkan cili madu.. Dikelaskan juga mengikut beberapa jenis. Antara jenis yg diterima pasaran (ye ke...aku rasa yg ni je aku tahu...) adalah cili kulai, cili bangi, cili merah dan cili api. Peringatan Pemerintah: Cili kering adalah bukan jenis cili tetapi sifat cili yg mengecut setelah kebuluran beberapa purnama....
Di bawah ini diceritakan serba sedikit ciri2 cili tadi..
  1. Cili Kulai - Tidak sekali kali berasal dari kulai..ha org johor jgn cuba2 nak riak...hehehhe. Ni varieti tempatan yg berbentuk panjang dan pedas.. Ade kelas tersendiri juga kulai ni antaranya kulai king, kulai kerinting,kulai pedas, dan byk le lg yg aku pun x ingat dah... Sifat paling utama yg mudah untuk mengenali cili jenis kulai adalah apabila mati maka dahannya akan terkulai.. dan bagaimana ia terkulai maka begitulah kita mengelaskannya. jika ianya terkulai di sekitar istana maka tidak syak lagi jawapannya adalah kulai king..senangkan...
  2. Berbalik kepada cili bangi ni pula... Insan di UKM telah membangunkan model ni dan telah termaktub di peta Malaysia bahawa UKM adalah di Bangi maka untuk keadilan sejagat nama ini telah di pilih... Bayangkan kalau UKM terletak di Lebir atau di Batu Burok atau juga di Ijok ish janggal sekali bunyinye kan.......

Begitulah lebih kurang kajian pakcik terhadap cili yg berasal dr Mexico ini. Berbekalkan ilmu yg sedikit itu maka dgn rasa rendah diri pakcik pun mula menanam cili ini.....